Back To All

Mar 14, 2025 12PM

McDonald’s Malaysia serlah tanggungjawab syarikat orang Islam dalam Program Kongsi Rezeki Ramadan

McDonald’s Malaysia kembali menyantuni komuniti setempat melalui tanda tradisi restoran itu dengan mengimarahkan kira-kira 400 masjid dan surau di seluruh negara di bawah program Kongsi Rezeki Ramadan.


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Haji Azmir Jaafar, berkata, acara yang sudah memasuki tahun ke-11 penganjurannya itu tampil lebih meriah apabila restoran khidmat segera itu menyumbangkan 500 kotak rezeki kepada golongan yang memerlukan.


“Program Kongsi Rezeki Ramadan membawa makna yang besar kepada kami kerana ini adalah masanya untuk McDonald’s Malaysia serlahkan tanggungjawab sebagai syarikat milik orang Islam kepada komuniti di sekitar lokasi restoran kami termasuk masjid dan surau. 


“Program di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat adalah sebahagian dari masjid dan surau yang akan kami kunjungi bersama lebih 370 restoran kami di seluruh negara untuk menyemarakkan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini, selari dengan tuntutan Ramadan untuk memberi dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan,” katanya.


Selain itu menurut Azmir, sebanyak 80,000 hidangan moreh Mekdi turut diagihkan kepada jemaah selepas solat tarawih dan 16,000 pek bubur lambuk kepada komuniti di sekitar masjid dan surau yang terpilih.


McDonald's Malaysia mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti setempat berdekatan Masjid Al-Akram



Tambah beliau, usaha-usaha itu selari dengan komitmen McDonald’s Malaysia untuk menjadi jiran yang prihatin dengan menawarkan program yang memberi impak positif.


Bahkan katanya, empat lokasi utama telah dipilih syarikat milik orang Islam itu untuk menjalankan majlis ilmu menampilkan penceramah terkemuka dalam usaha menyemarakkan peranan masjid sebagai pusat ukhuwah dan keilmuan.


Pada 23 Feb lalu, Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan, menampilkan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin manakala 5 Mac lalu, Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam menampilkan penceramah bebas Asma’ Harun.


Kemudian 11 Mac lalu, Masjid Al Akram, Datuk Keramat menampilkan penceramah bebas Syamsul Debat dan hari ini, Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya akan menampilkan personaliti televisyen, Amin Idris.


Syamsul Debat menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa di masjid berkenaan



Mengulas Program Kongsi Rezeki Ramadan dianjurkan di Masjid Al-Akram itu, Naib Presiden Zaid Hasman berkata, untuk acara tersebut,  restoran khidmat segera itu bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Food Bank untuk memasak serta mengedarkan 600 pek bubur kepada jemaah.


Menurut beliau, McDonald’s Malaysia menyedari tanggungjawab sebagai syarikat Muslim untuk memberi balik kepada komuniti.


“Masjid ini menjadi lokasi ketiga yang kami kunjungi dalam siri Program Kongsi Ramadan untuk mengimarahkan majlis ilmu dan menyantuni masyarakat.


“Kami menyumbangkan 150 kotak rezeki kepada keluarga miskin serta menaja majlis berbuka puasa dan sumbangan moreh untuk kariah masjid,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Pegawai Restoran berkata, Program Kongsi Ramadan lebih meriah tahun ini kerana dimulakan lebih awal sebelum Ramadan dan diakhiri dengan sambutan ambang Aidilfitri.


Zaid Hasman bersama golongan asnaf yang menerima sumbangan kotak rezeki pada Program Kongsi Rezeki Ramadan 



“Kami menyertai aktiviti bergotong-royong di 50 masjid dan surau supaya jemaah lebih selesa beribadah sepanjang Ramadan.


“Pada penghujung Ramadan pula, kami akan bersama-sama meraikan Pesta Pelita Panjut di Kuala Kangsar pada 25 Mac 2025 sebagai menghargai tradisi masyarakat tempatan dalam menyambut Aidilfitri,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, kerjasama bersama McDonald’s yang mengedarkan juadah berbuka puasa secara percuma memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya golongan asnaf.


Menurut beliau, pihaknya amat menghargai usaha restoran itu yang secara konsisten memberi sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan.


Hanifuddin Roslan berkata Jawi menggalakkan lebih banyak syarikat seperti McDonald’s Malaysia yang  meraikan komuniti memerlukan



“Jawi bersyukur dengan adanya program yang meraikan asnaf kerana mereka berpeluang menikmati juadah percuma dalam suasana Ramadan.


“Saya amat mengalakkan kerjasama seperti ini kerana jika hendak harapkan Jawi yang melakukan semua, tidak mampu,” katanya.


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:02

mosque
imsak

Imsak

06:02:00

fajr

Fajr

06:12:00

syuruk

Syuruk

07:18:00

dhuhr

Dhuhr

13:25:00

asr

Asr

16:34:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase